The Red Giants

EN
MY
Selangor FC
SELANGOR FC
BERITA

REVIU PERLAWANAN: Selangor Diikat Di Bukit Jalil

Mar 08, 2020 - FAS

BUKIT JALIL: Perlawanan kedua CIMB Liga Super 2020 menyaksikan pasukan Selangor mencatat keputusan seri 1-1 menentang pasukan Perak FA di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam.

Untuk perlawanan kali ini, kesebelasan utama yang hampir sama digunakan ketua jurulatih, B. Satiananthan sewaktu menentang Pahang minggu lalu cuma A. Namathevan sahaja yang tidak bermain dan digantikan oleh Rufino Segovia.

Perlawanan dimulakan dengan pasukan pelawat lebih agresif untuk menyerang kubu pasukan Red Giants. 

Namun sesekali pasukan Selangor melakukan serangan balas berbahaya namun gagal memperoleh sebarang jaringan.

Pasukan The Bos Gaurus terlebih dahulu membuka jaringan melalui rembatan padu penyerang kebangsaan, Shahrel Fikri pada minit ke-9 permainan.

Tersentak dengan jaringan tersebut, Selangor menggandakan serangan dan akhirnya berjaya memperoleh jaringan penyamaan pada minit ke-31 melalui tandukan penyerang Nigeria, Ifedayo Olusegun.

Memasuki babak kedua, sekali lagi skuad Perak begitu agresif mengasak pintu gawang Selangor. 

Namun kecekapan Khairulazhan Khalid dan juga keampuhanan barisan pertahanan yang diketuai Taylor Regan menggagalkan usaha Perak untuk menggadakan jaringan.

Beberapa pertukaran dibuat oleh B. Satiananthan dalam usaha mencari gol kemenangan namun tiada jaringan berjaya dihasilkan sekaligus menyaksikan perlawanan tamat dengan keputusan 1-1.

Keputusan ini juga menyaksikan Selangor berjaya meraih empat mata daripada dua perlawanan.

Untuk perlawanan seterusnya, Selangor dijadualkan untuk bertemu Terengganu pada minggu hadapan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu.